Sunday 2 October 2016

MUKA DEPAN




DUA 2O12 SAINS TEKNOLOGI
DAN KUJURUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK: HURAIKAN PERANAN ALQURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA BIDANG SAINS TEKNOLOGI DAN KUJURUTERAAN DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH:
USTAZAH NORAINI BINTI NAWAWI

NAMA AHLI KUMPULAN:
NUR FARAH KAMILIA BINTI FARIZAN 33DTM15F2O16
NUR SYAFIQA BINTI ABD AZIZ 33DTM15F2024
MARIAHTUN AISHAH BTE MOHD KHALID 33DTM15F2026

SESI: JUN 2016

PENGHARGAAN




Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera. Bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami sempurnakan tugasan bagi subjek Sains Teknologi dan Kujuruteraan Dalam Islam ini.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Peranan Alquran sebagai Sumber Utama Bidang Sains Teknologi dan Kujuruteraan dalam Islam.” 
Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, Ustazah Noraini binti Nawawi kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dalam kumpulan kami, Nur Farah Kamilia Farizan dan Mariahtun Aishah bte Mohd Khalid dan Nur Syafiqa binti Abd Aziz kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan berkumpulan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Melalui kajian ini, kami dapat mengenalpasti dan belajar lebih mendalam lagi tentang peranan Al-Quran sebagai sumber utama sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri kami dalam membuat satu kajian yang bersifat ilmiah.

PENDAHULUAN




Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam.  Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’e dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar.  Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat.  Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahawa alam ini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.

Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi, Muslim yang beriman dan berahklak serta Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual.  Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh, hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.

Jibril menurunkan ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad dan menunjukkan kepadanya tempat di mana ayat-ayat itu perlu diletakkan dalam surah ataupun ayat-ayat yang turun sebelumnya. Lalu beliau memerintahkan kepada para penulis wahyu menulisnya di tempat itu. Tertib atau susunan ayat di dalam al-Quran mengikut pendapat para ilmuwan adalah tauqifi iaitu ketentuan daripada Nabi Muhammad berdasarkan wahyu daripada Allah. Sebahagian ilmuwan menyatakan pendapat ini adalah ijmak atau sepakat semua ilmuwan.

Islam adalah agama yang sangat sempurna dan bersifat syumul. Kesempurnaan Islam jelas dilihat melalui sumber agama ini yang datang secara langsung dari Allah tuhan sekalian alam. Al-Quran dan al-Sunnah merupakan dua sumber utama bagi setiap ajaran dan asas di dalam Islam. Kedua-dua sumber ini adalah mukjizat yang paling agung yang turut menjadi sumber utama bagi setiap penemuan dan kemajuan sains dan teknologi pada hari ini.
                                          
Ilmu sains terhasil dengan cerapan dan pemerhatian yang bersumberkan akal manusia manakala agama merupakan wahyu dan pedoman daripada Allah. Oleh sebab itu, hasil pengkajian ilmu sains bersifat relatif dan sentiasa berubah-rubah tetapi sifat ilmu agama yang bersumberkan al-Quran adalah mutlak. Demikian juga Allah telah merakamkan dalam surah al-Mulk ayat 3 yang bermaksud: "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat dalam penciptaan Tuhan yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" 

Ayat ini sudah cukup memberikan tanda dan peringatan kepada manusia bahawa sehebat mana pun penciptaan atau penemuan sains dan teknologi tidak akan sama sekali menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah. Justeru, agama itu perlu dinilai sebagai domain yang utama dalam menfokuskan apa jua kajian agar tidak jauh tersasar daripada landasan sebenar.Malah, seharusnya ia mampu meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan kekerdilan diri sebagai hamba dalam segala urusan bersangkut paut dengan kehidupan.

 Justeru, berbicara tentang kehidupan hari ini tidak dapat lari dengan kitab panduan seluruh umat Islam yang sememangnya padat dengan ilmu dan hidayah bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Cuma yang paling menyedihkan pada hari ini ialah masyarakat Islam itu sendiri yang tidak melihat ilmu sains dan agama perlu kepada interaksi yang kukuh di antara keduanya. Maka akan wujudlah ahli sains yang buta dan ahli agama yang tempang. Bukankah itu juga satu kelompongan yang luas dalam medium kehidupan mutakhir kini?

Apa jua penemuan sains perlu bersandarkan keimanan kepada Allah. Orientasi ini lebih indah dan terarah. Konsep yang disebut ssebagai sains tauhidik ini akan melahirkan umat Islam yang mempunyai tradisi keilmuan yang tinggi dan ketaqwaan kepada Allah akan meningkat. Umat Islam yang mempunyai minda sebegini tidak mengehadkan ilmu dengan hanya apa yang diperolehi melalui cerapan berdasarkan akal manusia semata-mata tetapi ia melangkaui dengan ilmu Allah yang kadangkala tidak boleh dicerap menggunakan pancaindera dan akal yang saintifik tetapi hanya melalui keyakinan yang tinggi kepada Allah.

                                                   
Ilmu yang mendasari konsep sains tauhidik tidak terbatas dengan penemuan akal manusia secara fizikal tetapi juga melalui pembacaan ilmu Allah yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Akhirnya, ilmu tersebut dapat mengenalkan manusia kepada Allah.

Sains dan agama bukanlah sesuatu yang boleh diasingkan atau dipisahkan malah ia diperlukan oleh umat Islam dalam menjalani tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Sains juga tidak bertentangan dengan Islam, malah banyak konsep yang diutarakan dalam sains telah dinyatakan dalam ayat-ayat Allah termasuklah apa yang telah diajarkan oleh pesuruhNya. 

Namun begitu, bukanlah dikatakan al-Quran itu sebagai buku sains tetapi ia melangkaui sebagai petunjuk kepada umat manusia. Ia juga mempunyai bukti-bukti saintifik yang hanya baru dapat dibuktikan dan ditemui oleh manusia pada masa kini. Sedangkan al-Quran telah membincangkannya sejak mula ia diturunkan lagi. Begitulah hebatnya kekuasaan Allah.

Apabila membicarakan sains dan dikaitkan dengan al-Quran dan kekuasaan Allah, pasti menyebabkan perubahan yang mengkagumkan. Antara perubahan tersebut adalah meninggalkan kejahilan dan kekufuran kepada peningkatan iman. Terdapat juga yang mendapat hidayah daripada Allah kesan daripada pengkajian sains yang dihayatinya. Dengan bukti-bukti yang ada, apalagi yang dapat dilihat dengan mata kasar, dinikmati dengan pancaindera, kita akan merasai betapa bersyukurnya masih dapat meneruskan hidup ini dengan pinjaman nikmat yang Allah berikan. 

Berbeza dengan apa yang dapat dilihat pada hari ini apabila ilmu sains diagung-agungkan sehingga mengenepikan nilai-nilai luhur yang dipelihara kukuh oleh masyarakat. Ilmu yang ditemui memberi natijah kepada jauhnya hubungan dengan yang Maha Pencipta. Perkembangan sains dan teknologi telah mewujudkan masyarakat materialistik yang meremehkan nilai spiritual dan kemanusiaan. Penyelidikan yang dijalankan tidak mengutamakan aspek etika yang akhirnya memberi impak kepada keseimbangan alam sekitar dan umat manusia sejagat. Kerosakan yang dideritai oleh seluruh kehidupan pada hari ini berpunca daripada kelalaian manusia yang bertuhankan kerakusan nafsu dalam mengkaji dan mencipta apa jua teknologi kehidupan manusia. Inilah yang dikatakan manusia akan menjadi buta sekiranya membangunkan sains dan teknologi tanpa agama serta keimanan kepada Allah.

                                                           
Begitu juga dengan pembangunan agama memerlukan kepada pembangunan sains dan teknologi untuk melengkapkan kehidupan. Untuk mentadbir dan mengurus alam dan kehidupan ini, manusia memerlukan kepada sains dan teknologi. Bagaimana mungkin alam ini dapat ditadbir dan diurus dengan baik sekiranya kita jahil dengan tabii alam? Dengan kata lain, manusia perlu kepada sains dan teknologi untuk memantapkan lagi kehidupan beragama.

Dalam al-Quran, terdapat ayat-ayat yang berhubung tentang fenomena dan kejadian alam. Secara khususnya, manusia diminta untuk memikirkan tentang penciptaan alam seperti kejadian langit, bumi, hujan, air, bukit, gunung, siang dan malam serta memahami tabii alam untuk diurus dan dimanfaatkan mengikut acuan Islam. Sedangkan dalam ilmu sains, manusia diterangkan tentang fenomena alam tabii, agar lebih difahami dan juga diaplikasikan dalam kehidupan.

Perbezaan antara sains dan al-Quran perlu difahami agar interaksi di antara kedua-duanya dapat menterjemahkan kehidupan yang lebih bermakna. Kitab al-Quran dapat menyuluh manusia kepada hidayah Allah kerana terdapat juga ayat-ayat didalamnya yang berbentuk perintah dan prinsip serta kehidupan sosial sesama makhluk. Manakala sains pula membolehkan manusia memanfaatkan alam dan kehidupan dengan memperbaiki dan memperelokkannya mengikut acuan yang telah ditetapkan. Betapa indahnya kehidupan beragama disulami dengan perkembangan sains dan teknologi yang terarah.

Menarik, menguja dan mengasyikkan. Bagi sesiapa yang baru bertatih mengenali ilmu sains, sungguh ia menakjubkan. Tidak hairan juga bagi yang sudah lama berkecimpung dalam dunia sains. Penerokaan ilmu sains seharusnya menimbulkan rasa kagum dan takjub tentang kebesaran Allah.Pembangunan sains dan teknologi tanpa agama adalah buta tetapi tiada siapa pun yang dapat menafikan keperluan sains untuk membangun dan memakmurkan alam ini. Justeru, sains itu perlu dibicarakan dalam konteks agama untuk memandu apa jua perkembangan yang dibangunkan oleh manusia berteraskan sumber wahyu dan berinspirasikan keagungan Allah sebagai Pemilik dan Pencipta yang Maha Agung. Sudah pastilah al-Quran sebagai sumber rujukan utama.               

2.0 SUMBER KEPADA PELBAGAI CABANG SAINS DAN TEKNOLOGI




Al-Quran adalah kalamullah yang diwahyukan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Di dalamnya terkandung risalah Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan Islam, pengetahuan tentang alam ghaib, sistem moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. Pembacaannya adalah suatu ibadah. Al-Quran juga merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang kemukjizatannya berkekalan sepanjang zaman. Al-Quran juga menjadi sumber rujukan dan pencetus kebanyakan bidang ilmu. Oleh itu, adalah wajar dikatakan bahawa al-Quran sebagai sumber inspirasi dan asas dalam membina Tamadun Islam kerana pendorong dan penggerak utama orang Islam ialah al-Quran.

Al-Quran telah menjadi sumber kepada pelbagai cabang sains dan teknologi pada masa dahulu sehingga pada masa kini. Al-Quran telah menjadi petunjuk kepada semua manusia tidak mengira bangsa, agama, mahupun negara di muka bumi ini dalam pembentukan bidang-bidang ataupun cabang ilmu. Ia mengandungi penyelesaian kepada masalah-masalah yang menghantui kehidupan manusia. Hal ini kerana Al-Quran itu sendiri diciptakan oleh Allah swt yang maha mengetahui dan maha bijaksana. Panduan daripada Al-Quran melangkaui sempadan masa dan geografi serta tidak membezakan warna kulit dan bangsa manusia. 

Surah al 'Alaq membawa pengertian suruhan terhadap membaca, yang membuktikan dengan jelas betapa kuatnya penekanan al-Quran terhadap ilmu. Apakah pula ilmu yang diperintahkan oleh al-Quran supaya dipelajari oleh orang Islam? Iaitu semua ilmu yang berfaedah dan memberikan manfaat kepada manusia di dunia dan di akhirat. Maka itu, pembahagian ilmu dalam Islam itu terdiri daripada dua bahagian iaitu pertama, bahagian ilmu fardu ain. la merangkumi pelbagai asas ilmu yang menjadi syarat ke arah pembinaan individu muslim, seperti ilmu asas dalam akidah Islam dan ilmu asas untuk melakukan ibadah khusus. Kedua, bahagian ilmu fardu kifayah. la merangkumi berbagai-bagai ilmu yang membawa faedah kepada kehidupan manusia, seperti ilmu sains tabii, teknologi dan sebagainya.

                                                          
Al-Quran menyuruh manusia memerhati dan meneliti kejadian alam ini, kerana di sebalik setiap kejadian alam ini ada rahsia yang tersembunyi. Ini membuktikan, al-Quran mementingkan penelitian dan kajian, dalam mencari ilmu pengetahuan. Semasa manusia masih diselubungi kejahilan dalam bidang sains, al-Quran telah menyingkap beberapa isu berhubung dengan sunnah alam, kemudian menyuruh manusia melakukan penelitian dan kajian selanjutnya.

Sebagai kesimpulannya, al-Quran merupakan sumber ilmu pengetahuan dan berhubung rapat dengan bidang sains, dan oleh sebab itu Islam menekankan peri pentingnya ilmu pengetahuan sebagai asas pembentukan tamadun manusia. Terdapat beberapa sebab mengapa hubungan kedua-dua, al-Quran dan ilmu pengetahuan (sains) dianggap rapat iaitu Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan menggalakkan umatnya untuk melakukan penelitian dan kajian terhadap alam semula jadi ini.

 Islam mementingkan kesejahteraan umat manusia sejagat yang boleh disumbangkan melalui penemuan-penemuan sains; wahyu dan Sunnah alam ditentukan oleh Allah s.w.t. Dengan itu wahyu merupakan asas kepada Islam dan Sunnah alam yang merupakan asas kepada ilmu sains datang dari sumber yang sama.

Berkisar pada ilmu-ilmu sains dam dunia teknologi ini, jika dikaji dan diteliti kandungan Al-Quran Karim, kita akan mendapati bahawa jumlah ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan berkenaan sains dan teknologi secara tersirat amat banyak dan melebihi 750 ayat, manakala ayat-ayat yang berkaitan hukum hakam tidak melebihi 150 ayat, tetapi alangkah ruginya kita sebagai umat akhir zaman ini, kebanyakan daripada kita tidak langsung memandang sains dan teknologi dari sudut perspektif Al-Quran sedangkan ayat-ayat Al-Quran sendiri adalah 'sains dan teknologi' dan tanda kebesaran Allah s.w.t , itupun jika kita meluangkan sedikit masa untuk mentelaah serta mengkaji ayat2 Al-Quran ini sebagai satu kefardhuan seperti yg disarankan dalam Al-Quran.


 Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan sesetengah kamu menjadi musuh bagi sesetengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. Taha 20:123)