Sunday 2 October 2016

8.0 KESIMPULAN




Kedatangan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia serba sedikit membawa natijah dan kebaikan yang membawa manfaat kepada manusia dari segi politik,ekonomi,pentadbiran dan pendidikan.Dengan sains manusia boleh mereka cipta pelbagai benda-benda yang menguntungkan manusia,boleh meningkatkan taraf kemajuan dalam sesebuah negara.

Namun begitu,jangan kerana manusia terlalu bergantung dan manja dengan sains dan teknologi manusia menjadi malas apabila melakukan sesuatu pekerjaan.Al-Quran sahaja yang dapat memberikan ubat yang paling serasi dan mujarab bagi mengekalkan dan mengabadikan perpaduan yang terdiri daripada pelbagai kaum,bangsa dan keturunan tanpa ada alternatif lain.Paling utama dan paling digalakkan oleh Al-Quran ialah agar semua manusia di dunia ini menjadi islam.

Diriwayatkan oleh Tabrani,Baginda Rasulullah S.A.W bersabda"sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu maka ia akan menemui Allah S.W.T sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada kecuali satu darjat kenabiaan".Darjat yang dimaksudkan ialah kemuliaan orang yang menuntut ilmu disisi Allah.

Konklusinya, Al-Quran yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang sains dan teknologi.Justeru,kita sebagai generasi muda islam yang akan menerajui bidang-bidang professional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran Al-Quran dan mengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya.

No comments:

Post a Comment