Sunday 2 October 2016

3.0 PANDUAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI




Pada era millenium ini, telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat mahupun dilautan akibat daripada kerosakan manusia yang sangat mengejar keuntungan. maka, dengan adanya al-Quran ini telah menjadikan panduan kepada manusia supaya tidak merosakkan dan memusnahkan alam serta menjamin akhlak manusia.

Banyak kebenaran sains terdapat dalam Al-Quran yang hanya diketahui setelah penemuan sains moden mengesahkan fakta yang disebutnya. Ini tidak sepatutnya berlaku dan Al-Quran seharusnya menjadi petunjuk kepada penemuan dan menerajui penemuan saintifik.

Dr Wan Nasyrudin, seorang saintis dari UKM menerangkan bahawa terdapat sebanyak 700 ayat di dalam Al-Quran yang memperkatakan soal sains. Di samping itu hampir separuh dari Al-Quran yang mengandungi cerita dan pengajaran yang juga mengandungi kebenaran sains tersembunyi di dalam cerita tersebut.

Para saintis patut merujuk kepada Al-Quran untuk membuat penemuan baru kerana Al-Quran telah terbukti selari dengan sains moden. Walau bagaimanapun dalam mencari penemuan baru berpandukan Al-Quran sains harus dilihat dari kaca mata Al-Quran dan bukan sebaliknya. Jika terdapat fakta sains yang kelihatan bercanggah dengan Al-Quran, para saintis perlu mengkaji dengan lebih mendalam, kerana penemuan itu tentunya tidak tepat.

Beliau memberikan satu contoh di mana bulan telah sekian lama di anggap mempunyai cahayanya sendiri. Namun Al-Quran sejak azali telah menerangkan bulan memantulkan cahaya.Kini apa yang terdapat dalam Al-Quran itu didapati benar apabila saintis membuat penemuan baru yang membuktikan bulan sememangnya memantulkan cahaya matahari dan tidak mempunyai cahayanya sendiri.

                                                        



Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membinasuatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yangdiciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semuaaspek kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahan muapa yang ada di langit dan di bumi, dan telahmemudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telahmelimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.
” (Surah Luqman: 20)
Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana di dalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidangkejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.

Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum: 41
Terjemahannya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

No comments:

Post a Comment