Secara tidak langsung, ini akan
menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i, dan mengajak manusia supaya
menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir. Kebangkitan bersejarah
sains dan teknologi ketika zaman keemasan Islam bermula semenjak era Khulafa
ar-Rashidin iaitu semenjak zaman Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Ia
kemudiannya diteruskan semasa pemerintahan Abassiah yang pertama iaitu pada
kurun ke-18. Khalifah seperti Al-Mansor, Ar-Rashid dan Al-Mamun memainkan
peranan utama dalam menggalakkan penyelidikan sains dengan menyediakan segala
kemudahan. Ini telah membantu dalam penciptaan tradisi pengajian sains.
Perkara pertama yang dilakukan oleh orang Islam ialah
mempelajari segala perkara yang diketahui oleh manusia sebelum mereka. Mereka
mengumpul buku-buku Yunani, Parsi dan China. Selepas fasa pertama yang memakan
masa selam lima puluh tahun, mereka mula mengorak langkah era seribu tahun
mereka sendiri. Mereka membetulkan pemerhatian zaman lepas dan mengorak
bidang-bidang sains yang baru.
Dalam proses yang sangat penting ini, orang Islam telah
mengelakkan diri dari terjerumus dalam dua perangkap besar yang boleh membawa
mereka ke arah mengasimilasikan kebudayaan lain dengan sepenuhnya. Pertama, mereka
tetap berada di atas garis panduan Islam. Mereka memberi tumpuan terhadap fakta
dan mengabaikan andaian-andaian, mereka mengumpulkan karya-karya perubatan, matematik,
astronomi dan geografi, tetapi menjauhkan diri daripada sihir dan mitologi.
Kedua, mereka mahu bahasa Arab dijadikan bahasa sejagat, mereka menterjemahkan
segala ilmu pengetahuan ke dalam bahasa Arab dan membangunkan bahasa itu
menjadi bahasa pengantar yang berkesan cekap dan mujarab untuk perhubungan
saintifik di kalangan semua orang di dunia.
Pada masa inilah universiti dan makmal penyelidikan
berkembang pesat di semua bandar utama dunia Islam, merentasi benua Asia,
Afrika dan Eropah. Hospital dan farmasi menjadi sesuatu yang lazim walaupun di
pekan-pekan kecil dan kerajaan berlumba – lumba menggalakkan usaha ini.
Hasilnya, muncul teknologi baru termasuk sumber elektrik, tinggalan –tinggalan
yang dikenalpasti sebagai bateri telah digali dan dipamerkan di Muzium Baghdad.
CABANG-CABANG ILMU SAINS ISLAM
i) Matematik
Boleh dikatakan hampir semua cabang matematik moden dapat
dikesan kepada usaha-usaha ahli sains Islam. Ini termasuk asas dan istilahnya
yang diambil secara langsung daripada bahasa Arab atau diterjemahkan secara
hurufiah daripada perkataan–perkataan yang dicipta oleh pakar-pakar Islam.
Orang Islam di zaman permulaan menggunakan huruf abjad Arab sebagai angka
tetapi semenjak kurun kesembilan orang Islam sebelah Barat mencipta al-arqam
al-gharibiyah daripada huruf –huruf sanskrit kuno. Satu daripada karya terbesar
ahli sains Islam ialah sifar(sifr) ditulis 0 bagi barat dan bagi timur. Sifar
memungkinkan penulisan ungkapan-ungkapan mudah bagi nombor nilai yang infinit
banyaknya, apabila digabungkan dengan sembilan angka asas.
Orang Islam meneruskan pembinaan model matematik mereka yang
baru dengan memperkenalkan sistem perpuluhan iaitu satu idea yang bijak. Dalam
sistem ini nombor dinyatakan dengan menggunakan sepuluh simbol dimana setiap
simbol diberi nilai tempat dan juga nilai mutlak.
Bagi pendaraban (darb), mereka menggunakan kaedah kekisian,
bagi hasil bahagi (kasr) mulanya mereka menggunakan kaedah mencuba yang diganti
dengan cepatnya oleh apa yang disebut kaedah mencakar dan ini diikuti pula
dengan kira bahagi panjang. Untuk mewakili pecahan, orang Islam memperkenalkan
garis pemisah dan ungkapan berbentuk perpuluhan (misalnya ½ dan 0.5). Mereka
juga melahirkan nombor-nombor genap, ganjil dan emicable (jumlah faktor bagi
suatu nombor sama denagan jumlah faktor bagi suatu nombor lain)
Algebra
(al-jabr) adalah ciptaan seorang genius, Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi (750 –
850) dari Khawarizmi, iaitu berhampiran Laut Aral di Asia Tengah. Daripada
namnya terbit perkataan ‘al-gorithm’ yang digunakan hari ini dalam analisis
nombor dan ketokohannya dianggap oleh sarjana barat sebagai setanding dengan
Euclid: ‘seorang ahli matematik yang unggul disepanjang zaman’[7], dan
memiliki kepribadian seorang genius sains yang kukuh. Dia menterjemahkan
beberapa perkataan Yunani dan dalam karyanya sendiri yang masyhur Hisab al-Jabr
wa al-Muqabalah,
Thabit Ibn Qurrah (835-900), berbang Syria dari Harran (di
tenggara Turki) adalah pengkritik matematik Yunani yang utama. Beliau
menterjemahkan dan menghuraikan karya-karya Euclid, karya Achimedes berkenaan
heptagon sekata, tujuh daripada lapan buah buku Appolonius bersabit keratan kon
dan postulat-postulat Ptolemy dan Eutocius(juru ukur dari Alexandria dalam
kurun keenam). Ibnu Qurrah menulis berkenaan teori nombor, termasuk
nombor-nombor tak nisbah dan emicable.
Muhammad Ibnu Jabir Al-Batani ( 850-929) ahli sains dari
harran denagn sistematiknya membina trigonometri( muthallathat) dan
melanjutkannya kepada trigonometri sfera. Dia mula-mula sekali menyediakan
jadual sinus, tangen dan kotangen yang lengkap dengan kejituan yang sungguh
tinggi. Dia memperkenalkan idea nisbah trigonometri dan dengan demikian
mencipta perkaitan trigonometri yang asas. Dia menggunakan sinus dalam kajian
ilmu falaknya, menyadari kelebihannya berbanding perentas Yunani. Al –Battani
menghasilkan perkaitan diantara sisi dan segitiga bagi segitiga sfera yang
seragam dan umum dengan menggunakan olahan algebra ke atas identiti
trigonometri.
Abu al-Wafa Muhammad Ibnu Muhammad al–Buzjani, berbangsa
Parsi dari Afghanistan ialah ahli matematik paling unggul kurun kesepuluh. Dia
melengkapkan karya al-Khawarizmi (menghubungkan algebra dan geometri dengan
menyelesaikan persamaan darjah tinggi. Dia menghasilkan keratan yang meluas
berkenaan keratan kon, mengira isipadu jasad yang dijanakan melalui pegisaran
rentasan kon di sekitar paksinya sehingga hampir mencapai prinsip pengamilan.
Ibnu Yunus (M. 1009) menjadi penyuluh kepada logarithma. Dia
membuktikan buat kali pertama bahawa hasil darab kosinusbagi dua sudut adalah
bersamaan dengan setengah jumlah kosinus selisih sudut dan kosinus jumlahnya.
Dengan ini Ibnu Yunus mengubah hasil darab kosinus kepada satu penjumlahan yang
membenarkan penggunaan olahan logarithma.
Ahli – ahli sains matematik lain yang turut memberi
sumbangan dalam perkembangan ilmu pengetahuan ialah seperti Ibnu al –Haytham (965-1039),
Abu
al – Jud, Umar al-Khayyam (1045-1121), Giyath al-Din Jamsid Ibnu Masud
Al-Kasi(1424) yang menghasilkan miftah Al-Hisab.
ii)
Fizik
Karya yang paling mustahak bagi ahli fizik Baghdad kurun
ke-9 iaitu, Musa Ibn Salur dan puter-puteranya Muhammad, Ahmad dan Hassan ialah
Kitab Al-Hayal, ia menerangkan undang-undang mekanik dan masalah kestabilan.
Ahli Matematik iaitu al-Kindi (801-70) merupakan perintis dalam bidang optik
bersabit dengan pantulan cahaya. Beliau juga adalah orang pertama yang
mengembangkan teori bunyi-bunyi muzik.
Satu lagi sumbangan penting dalam fizik ialah Risalah
al-Khala’, hasil karya seorang ahli falsafah Turki bernama Abu Nasr Al-Farabi (872-950).
Beliau menerangkan ujikaji untuk membuktikan kewujudan vakum. Al-Farabi juga
mengkaji bunyi-bunyi muzik dalam bentuk gelombang. Abu Sa’ad Abd Al-Rahman Ibn
Yunus (M. 1009) mencipta pendulum (deduce) cara ia beroperasi dan
menggunakannya untuk menyukat masa lebih awal lagi sebelum era Galileo.
Ibn
al-Haytham( 965-1039) yang berasal dari Basrah adalah bapa optik moden. Dalam
bukunya Kitab al-Manazir, beliau membuktikan hukum pembiasan cahaya yang mana
kredit telah diberi berkurun kemudian kepada Snell dan Royen. Beliau menghasilkan jadual sudut datang dan pembiasan bagi
cahaya melintasi permukaan 2 medium yang berbeza.
Bunyi adalah subjek yang digemari oleh seorang lagi ahli
sains yang bernama Al-Jaldaki. Dalam bukunya Asrar Al-Mizan dia menyatakan
bahawa perombakan bukanlah pergerakkan pemindahan air atau udara. Ia adalah
kesan yang berlaku daripada tindakan demi tindakan dan keterangan demi
keterangan. Tambahnya, gema berlaku sebab pantulan perombakan udara ketika ia
bertembung dengan gunung yang tinggi atau dinding. Lazimnya gema tidak
kedengaran untuk jarak dekat kerana kewujudan masa yang sangat singkat antara
mendengar bunyi dan mendengar gema.
Abu Rayhan Muhammad Ibnu Ahmad Al-Baruni(973-1048) ialah
seorang lagi ahli sains dari Khawarizmi yang mempunyai ‘rasa’ yang baik bagi
kelajuan bunyi dan cahaya. Dia membuat pemerhatian bahawa kelajuan cahaya jika
diukur berbanding kelajuan bunyi, akan didapati terlalu besar. Dia juga membuat
kajian meluas berkenaan telaga artesian, menerangkan bagaimana ia berlaku
dengan merujuk kepada prinsip tekanan.
Abu al-Fatah Abd Rahman al-Khazin dari Marw adalah salah
seorang ahli fizik yang unggul pada awal kurun ke-12. Sebahagian besar bukunya
Mizan Al-Hikmah menyentoh tentang mekanik dan hidrostatik. Al-Khazin menyukat
berat dan ketumpatan udara,mencatatkan bahawa udara seperti juga cecair
mempunyai daya mengangkut dan bahawa berat sesuatu jasad dalam air kurang
daripada beratnya sebenar. Beliau mengkaji tegangan permukaan bagi cecair
dengan mengukur ketumpatan tentunya. Dia mengetahui bahawa ketumpatan air berubah
dengan suku atau kemasinan dan mengukur nilai-nilai ini dengan tepat.
iii) Astronomi
Terjemahan karya-karya astronomi kuno di semenanjung Arab
bermula pada masa pemerintahan Umayyah dan diteruskan di bawah pemerintahan
Abassiah yang pertama. Ibrahim Ibn Habib Al-Fazari(M. 777) menterjemahkan
banyak buku dari India, tetapi dia adalah juga ahli sains Islam yang memulakan
kajian asli dalam astronomi. Dia mencipta astrolabe dan meramalkan gerhana
bulan dan matahari. Dia mengkaji tahun lunar, pergerakan bintang dan waktu
sembahyang.
Kemudian buku Yunani diterjemahkan oleh Al Hajjaj Ibn Yusuf
terutamanya buku Al-Majsati(almagest) karangan Ptolemy. Tidak lama kemudian observatori
dibina di seluruh bumi Islam yang menarik ahli falak dari segenap pelusuk
dunia.
Kejayaan besar yang pertama ialah apa yang diperihalkan oleh
Abu Al-Tayyib Sind Ibn ‘Ali(kurun ke-9) seperti yang dilaporkan oleh Ibn Yunus
dalam manuskripnya Kitab Al-Zayi Al-Kabir Al-Hakimi.
Al-Khawarizmi telah dilantik sebagai ahli falak istana oleh
Al-Ma’mun. Dia adalah orang yang mula-mula sekali membina jadual
astronomi,mengira pergerakkan planet, kecondongan gerhana dan ukuran geodesik
yang lembut.
Al – Kindi pula membina satu model Sfera bagi dunia dan
dengan menggunakan geometri menghujahkan bahawa jasadnya finit. Dia juga
membuktikan bahawa permukaan laut dan seterusnya permukaan bumi juga adalah
sfera. Dia merekabentuk satu bingkai sfera untuk mewakili kedudukan –kedudukan
gerhana dan bulatan jasad lain diangkasa.
Al-Batani( 850-929) mengukur tambahan longitud bagi apogi
suria semenjak zaman Ptolemy pada tahun 150 masihi ialah sebanyak 16° 17’.
Abu A-‘Abbas Ibn Muhammad Ibn Kathir, ahli falak abad ke-9
dari Farghana di Asia Tengah, menumpukan tenaganya menghitung jarak-jarak dari
bumi ke bulan dari planet. Dia mengira dengan tepat isi padu bulan merujuk
kepada isipadu bumi dan memperolehi juga isipadu-isipadu relatif bagi matahari,
Mecury, Venus, Mars, Jupiter dan Saturn. Nilai ini digunakan hingga zaman
Copernicus.
Abd Al-Rahman Al-Sufi (903-86) yang dilahirkan di Rayy
berhampiran Tehran menyiapkan jadual bintang-bintang tetap dan melukis peta
kedudukannya di angkasa. Dia menamakan lebih daripada seribu bintang melalui
kumpulan-kumpulan mewakili haiwan. Sistem ini masih digunakan dan nama-nama
Eropah bagi bintang-bintang ini adalah ciptaannya.
Ibn Haytham telah menggunakan optik untuk menentukan stellar
yang tepat, mengambil kira pembiasan atmosfera dengan altitud sesuatu bintang
dengan masa peredaranya melalui zenit( samt) dan menerangkan kenapa jasad –
jasad berbentuk sfera kelihatan seperti piring.
Enam
ratus tahun sebelum Galileo, Al-Biruni telah mendakwa bahawa bumi berputar pada
paksinya. Dengan menggunakan astrolabe dan kehadiran gunung yang tinggi
berhampiran dengan laut atau tanah rata, dia mengira lilitan terrestrial dengan
cara menyelesaikan persamaan geodesik yang sungguh kompleks. Dia juga
menetapkan secara saintifik arah Makkah daripada sebarang titik di glob.
Di kalangan ahli falak Islam yang unggul, yang terakhir
sekali ialah Shamduddin Muhammad Ibn Muhammad Al-Rudaini(1627-83) yang berasal
dari Tarudant( Morocco). Dia mencipta injin berbentuk sfera untuk mengukur
masa, suatu alat yang berfungsi dalam bekas dan boleh digunakan di sebarang
longitud dan latitud.
iv) Kimia
Penyelidikan kimia Yunani telah diserabutkan dengan
perdebatan falsafah-falsafah dan tujuan –tujuan mitos seperti batu hikmat yang
menukar logam asas kepada emas dan ubat mukjizat bagi kehidupan yang
mengizinkan kesihatan dan kebelian berkekalan. Orang Islamlah yang mula-mula
sekali meneroka percubaan( ujikaji) dalam analisis saintifik kepada
kedudukannya yang sewajarnya dalam sains. Merekalah yang mula-mula sekali
menyiasat berbagai-bagai nilai teori kimia melalui percubaan. Dalam proses ini
mereka menemui banyak hasil baru yang mana nama-nama dalam bahasa eropahnya
masih berbau Arab seperti:
Chemistry
– al-kimiya
Alambic-al-alambiq
Alkohol-al-kuhul
Alkaline-al-qalanis
Arsenic-al-zirnikh
Ahli sains Islam kerap kali berupaya membangun satu proses
yang tidak di ketahui lalu menjadi satu industri besar-besaran yang mengubah
ekonomi dunia.
Bermula pada tahun 351 ketika Zuyad Ibn A-Salih, gabenor
Islam di Samarkand, Asia Tengah mengirim satu ekspidisi tentera ke China.
Tentera ini pulang dengan beberapa orang tawanan yang mengajar orang Islam cara
primitif membuat kertas.
Menjelang tahun 794 Al-Fadl Ibn Yahya Al-Marbaki, gabenor
Islam di Khurasan memajukan proses ini dan mendirikan kilang kertas yang
pertama. Al-Tha’alibi menyebut kejayaan ini dalam bukunya Lata’if Al-Ma’arif
dalam perkataan berikut:
“Kertas
Samarkand menghapuskan lontar(papyrus) Mesir dan kulit-kulit yang biasa
digunakan untuk ditulis oleh orang dahulu sebab kertas-kertas ini lebih baik,
lebih nipis, lebih mudah dan lebih praktikal. ”
Industri ini sampai ke Syria dan Mesir sebelum kurun
kesembilan, Al–Andalus, bahagian Sepanyol Islam dan Portugal pada kurun
kesepuluh dan Afrika Utara pada kurun berikut. Contoh-contoh kertas yang
diperbuat boleh didapati di perpustakaan Sepanyol khasnya The Escorial.
Jabir Ibn Hayyan Al-Kufi (738-813) dari Kufah di Iraq adalah
ahli kimia pertama yang unggul dan tanpa diragui lagi, dia adalah bapa kimia
moden. Bekerja dalam makmalnya berhampiran Bawwabah, Damsyik, dia telah
mengasaskan percubaannya keatas kelima-lima pancaindera, menggunakan
bahan-bahan asli logam, tumbuhan dan haiwan. Dia mengakhiri huraian tentang
percubaan-percubaannya seperti berikut:
“Saya
mengetahuinya mula-mula dengan tangan dan otak saya, dan saya mengkajinya sehingga
ia menjadi betul, dan saya mencari kesilapan-kesilapan dalamnya”.
Ibn Hayyan mencipta peralatan untuk memotong, membakar dan
menghablur. Dia menyempurnakan dan menerangkan proses asas bagi sublimasi,
penyejatan, pencairan, penghabluran, pembakaran, penyulingan, penglilinan,
penulinan, larutan, pengikatan, panggangan, ‘coction’, penggabungan dan
pengoksidaan. Dia membezakan penyulingan lansung dengan menggunakan kukus air
dan penyulingan tak lansung menggunakan dapur pasir. Ibn Hayyan mendakwa bahawa
air akan tulen cuma melalui penyulingan. Jika tidak kekotoran dalam air larut
kedalamnya dan penulenan tidak meninggalkan kesan.
Ahli kimia ini menemui banyak hasil terbaru termasuk
alkaline,asid,garam,gris dan cat. Dia menyediakan asid sulfurik, asid nitro
hidroklorik, CH3COOH(asid cuka). Dia mencipta bahan untuk mengeringkan baju dan
bahan pencegah karat. Dia juga menyediakan cat dalam berbagai-bagai warna untuk
digunakan pada baju dan binatang, serta dakwat yang digunakan untuk menulis
manuskrip yang mahal. Keseluruhannya, Ibn Hayyan menulis lebih daripada 500
kajian dalam bidang kimia tetapi sedikit sahaja yang sampai kepada kita.
Ahli kimia Islam yang terkenal selepasnya ialah Abu Bakar
Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi(854-932), berbangsa Parsi. Dia menyediakan asid
sulfurik dan asid-asid lainnya serta alkohol dengan menapai bahan –bahan manis,
mengkaji raksa dan sebatiannya dan menerangkan pelan dan kegunaan perkakas bagi
kegunaan bahan kimia. Al-Razi melengkapkan proses ujikaji dengan menerangkan
dulu bahan-bahan yang digunakan, kemudian peralatannya, kaedah dan syarat
ujikaji.
Dialah orang pertama membahagikan hasil kimia kepada
kategori hasil gaian, tumbuhan dan haiwan dan dia jugalah yang mengishtiharkan
bahawa perjalanan kehidupan tubuh badan adalah berdasarkan tindakbalas kimia
yang kompleks.
Abu Al-Qassim Salamah Ibn Ahmad Al-Majriti(950-1007)
berbangsa Andalus dari Majrit(Madrib) adalah orang pertama yang membuktikan
prinsip kekekalan jisim-kredit untuk usaha ini telah pun didakwa 900 tahun
kemudian oleh Lavoiser.
Ahli perubatan Ibn Sina (980-1037) mengemukakan teori-teori
yang jitu berkenaan pembentukan logam, batu dan gunung. Beliau menentang
kepercayaan bahawa logam boleh bertukar kepada emas dengan mudah ‘sebab logam
mempunyai rangka yang tersendiri yang tidak boleh ditukar dengan cara perubahan
yang kita ketahui. ’
Ahli kimia yang lain ialah Muhammad Al-Tamimi Al-Maqdisi (kurun
kesepuluh), berbangsa Palestin, Ibn Jazlah ( M. 1080) dari Iraq, Abu Al-Hassan
‘Ali Ibn Irfa’ Al-Ra’as( M. 1197) yang menulis Rizam Mini Al-Dhahab dari
Andalusia.
v) Perubatan
Hospital Islam yang pertama dibina semasa hayat Nabi di
Madinah meliputi hospital tentera Islam di medan pertempuran. Dengan
berkembangnya Negara Islam, hospital-hospital umum didirikan di setiap bandar.
Institusi kepakaran yang pertama iaitu sebuah pusat kusta dibina oleh Khalifah
Al-Walid dari pemerintahan Umayyah di Damsyik pada tahun 707.
Pemerintahan Umayyah juga mendirikan hospital-hospital
tentera,hospital bergerak dan institusi kepakaran dalam penyakit –penyakit
mental. Pada pemerintahan Abbassiah pada kurun kesembilan iaitu, pemerintahan
Al-Makmun, farmasi-farmasi bertambah tersusun di bawah kawalan Negara. Setiap
bandar mempunyai ketua ahli farmasi rasmi.
Penterjemahan teks-teks khas bermula awal ketika negara
Islam mewarisi sekolah-sekolah perubatan yang masyhur seperti yang terapat di
Jundisabur di selatan Iraq. Penterjemah paling terkemuka dan tanpa diragui lagi
ialah ahli kristian Nestoria, Abu Zayd Hunayn Ibn Ishaq Al-‘Abaddi (807-77)
yang berasal dari Al-Hirah(Iraq). Dia menterjemah karya-karya Yunani
terutamanya hasil karya Hippocrated, Galen, Paul dari Aegina dan Dioscorides.
Dia menulis karya asli berkenaan perubatan terutamanya tentang mata, rangka dan
ubatnya dan farmakologi.
Ahli perubatan Islam yang mula-mula terkenal ialah Al-Razi.
Dia menjadi ketua ahli perubatan Hospital Rayy di Tehran, kemudian dengan
jawatan serupa di Hospital Baghdad. Pakar bedah terkemuka, dia adalah orang
yang pertama yang membezakan penyakit cacar dan campak dan menulis tentangnya.
Dia menulis Kitab Al –Hawi satu ensiklopedioa perubatan sebanyak 24 jilid, dia
mencatatkan kes-kes kliniknya dengan amat tepat.
Dia menerangkan tentang penyakit seperti penyakit seperti
bengkak renal, regurgitat aorta, oftalmia, peludahan berdarah( hemoptisis) dan
kebotakan sementara atau alopesia. Hasil karyanya yang lain iaitu, Al-Mansuri
menjadi buku teks perubatan yang digunakan selama beberapa tahun. Dia juga
menulis buku tentang diet dan sebuah lagi Sirr Al-Asrar berhubung dengan
farmakologi dalam mana dia membahagikan ubat kepada kategori hasil
galian,tumbuhan dan biologi dan menerangkan cara penggunaannya. Dia selalu
menguji ubat-ubat baru ke atas aiwan dan mengkaji kesan–kesan sampingan. Dia
menggunakan candu dan hasis dalam anestasia dan menghasilkan garam NaOH dan
kalium karbonat dalam makmalnya.
Sebuah buku teks perubatan, Al-kitab Al-Malaki yang
berbentuk teoritis dan praktik telah ditulis oleh ahli perubatan Parsi, ‘Ali
Ibn Al-‘Abbas Al-Ahwazi (M. 940). Penulisnya adalah orang yang mula-mula sekali
menyebut tentang rangkaian yang menghubungkan salur darah dan arteri. Dia juga
memberitahu akan kesukaran sembuh daripada tuberkulosis sebab pergerakan
paru-paru. Dia merawat jangkitan kelenjar limpa dan tonsil secara pembedahan.
Al-Ahwazi merupakan pengamal ostespati terkemuka, merawat
keterpelecokan dan kepatahan tulang yang menyakitkan seperti dagu bawah. Dalam
bidang farmakologi, dia menyediakan dan menerangkan berbagai-bagai jenis pil,
serbuk, sirap, ubat cair, pencahar dan ubat gigi.
Abu Al-Qasim, pakar bedah yang dilahirkan pada tahun 936 di
cordova menerangkan pembedahan-pembedahan dalam hasil karyanya sebanyak 30
jilid berjudul,Al-Tasrif Liman ‘Ajaza ‘Ani Al-Tabib. Buku ini menjadi buku teks
umum selama lebih daripada 5 kurun. Dia menyempurnakan pembedahan bahaya
seperti mengeluarkan batu dari pundi-pundi, mengeluarkan bayi yang meninggal
dunia dan pemotongan. Dia menulis tentang ginekologi, penyakit mata dan telinga
dan pergigian. Kebanyakkan alat yang digunakan adalah ciptaannya sendiri.
Ahli fizik, Ibn Haytham yang usia 73 tahunnya merentasi
kurun kesepuluh dan kesebelas,memberi ilustrasi tentang pembedahan mata dan
menamakan bahagian-bahagiannya. Penerangannya tepat dan kajiannya merintis
jalan bagi penggunaannya untuk membetulkan kecacatan mata.
vi) Geografi
Orang Islam memajukan jarum magnetik bagi kegunaan dalam
pelayaran dan mencipta kompas morinar serta astrolabe. Mereka meneroka
jalan-jalan baru didaratan dan lautanbagi menghubungkan Asia, Afrika dan Eropah
disamping membuka pelabuhan-pelabuhan dan rangkaian stesen-stesen darat. Mereka
membian kapal dikilang yang mereka namakan dar al-sinaah( arsenal) dan setiap
kapal mempunyai amir al-bahr(admiral) sebagai ketua. Orang Islam menggunakan
cara baru untuk menentukan perjalanan mereka dengan menggunakan bintang dan
memetakan jalan laut. Mereka menetapkan jalan meridian bagi longitud dan
latitud-latitud selari. Dengan itu mereka mencipta kartografi sfera.
Orang Islam mengembara ke China, Jepun, India dan Asia
Tenggara, Laut Hindi, Eropah termasuk Scandinavia, Ireland, Jerman, Perancis
dan Russia dan kawasan Mediteranian dan Afrika.
Al-Khawarizmi, telah membuat sumbangan dalam pengukuran
lilitan bumi. Dia juga membantu melukis peta geografi dunia yang pertama bagi
orang Islam. Bukunya surah Al-Ard mengembangkan lagi geografi Ptolemy.
Bukti-bukti dalam ayat al-Quran:-
1) Firman
Allah dalam Surah al-Ghasiah: 17-20
Maksudnya:
Mengapa mereka yang kafir masih
Mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia
diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan
binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan
keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (20) (Surah Al-Ghasiah :17-20)
2) Firman
Allah dalam Surah Al-Ankabut :19
Maksudnya
:
“Tidakkah
mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada
mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)?
Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.
No comments:
Post a Comment